TIDAK semua
orang akan tertarik untuk memakan kek cawan yang dihasilkan Gillian Bell.
Keknya
menggambarkan gaya filem seram anggota tubuh yang dikelar, kecederaan dan
penyakit kulit.
Gillian, 34,
tidak mahu terikat dengan cara biasa membuat kek yang membabitkan warna ceria
dan corak menawan. Dia sebaliknya memilih kek yang kelihatan menyeramkan, untuk
peminat yang menggemari makanan manis dan dapat menahan bau, rasa atau melihat
sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa perasaan takut atau meloyakan.
Kini, dia tidak
sabar untuk mengambil bahagian dalam pameran di London untuk meningkatkan
kesedaran mengenai pelbagai jenis penyakit.
“Agak
membosankan untuk membuat kek biasa seperti dilakukan kebanyakan orang. Lebih
menyeronokkan untuk menghasilkan sesuatu yang menyeramkan.
“Saya suka
melihat reaksi orang ramai. Kek saya sebenarnya enak kerana ia seperti kek
biasa. Ada pelanggan yang terus memakannya dan yang lain tak sanggup. Mereka
mungkin terpedaya dengan pandangan mata, seolah-olah mereka akan menggigit
ketuat,” katanya.
Gillan yang
berasal dari Kirkcaldy, Scotland, pernah membuka kedai kek di Edinburgh. Di
situ, dia sering mendapat pesanan untuk membuat kek luar biasa.
Dia menutup
kedai itu untuk kembali mengajar. Tetapi pada masa sama, masih membuat kek pada
masa kelapangan.
Pameran ‘Eat
Your Heart Out’ di Muzium Patologi St Bart berlangsung dari 26 hingga 28
Oktober.
“Tujuan pameran
di London itu ialah untuk memberi peluang peserta membuat kek yang dapat
membawa kesedaran terhadap wabak dan penyakit. Kerana itu, akan ada kek yang
kelihatan seperti jantung berpenyakit dan juga penyakit berpunca daripada seks
bebas.
“Rekaan saya
pula akan bertemakan penyakit kulit. Saya akan membuat kek yang kelihatan
seperti ketuat dan kudis.
“Saya teruja
kerana dapat mengambil bahagian. Ia peluang terbaik untuk saya menunjukkan
rekaan saya kepada orang ramai,” kata Gillian.
0 Ulasan:
Post a Comment