Tersebarnya gambar Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha seantero blog hiburan baru-baru ini bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Kalau dah mereka sendiri yang muat-naik gambar bersama dengan caption “US” di akaun Instagram masing-masing, tentulah banyak mata yang melihat.
Ketika ditemubual oleh Metro Ahad semalam, Leuniey Natasha memberitahu dia dan Apek bukanlah sekadar kawan biasa. Kalau dah bukan sekadar kawan biasa tu, tentulah sedang hangat bercinta ye tak?
“Bagaimanapun saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti kami kononnya sudah bertunang. Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa. Saya tahu gambar saya dan Apek dipaparkan di laman blog. Saya rasa itu perkara biasa. Ia sekadar gambar” – jelas Leuniey.
Sebelum ini, Apek menafikan yang mereka berdua mempunyai hubungan percintaan tetapi tidak lebih sekadar kawan biasa. So mana satu yang betul agaknya? Kalau bercinta pun apa salahnya. Cepat-cepatlah masuk meminang lepas tu nikah terus dari tak sudah menjadi buah mulut orang yang memandang. All the best untuk Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha.
0 Ulasan:
Post a Comment